SEMBELIHAN HAIWAN MENURUT ISLAM
MAKSUD SEMBELIHAN
Menghilangkan nyawa binatang yang halal dengan cara memutuskan urat halkum dan urat merih dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah
HUKUM SEMBELIHAN
Hukum sembelihan adalah wajib dan binatang yang mati tanpa disembelih adalah dianggap bangkai, najis dan haram dimakan.
RUKUN SEMBELIHAN
a. Penyembelih
Syarat :
a. Islam
b. Tidak dalam ihram `haji atau umrah
b. Binatang yang disembelih
Syarat :
a. Halal dimakan
b. Mati dengan sekali sembelihan
c. Putus urat halkum dan urat merih
c. Alat sembelihan
Syarat :
a. Benda yang tajam selain dari gigi, tulang, kuku, rambut dan tali
PERKARA SUNAT KETIKA SEMBELIHAN
tajam Untuk binatang yang lehernya panjang seperti unta dan Mengadap ke arah kiblat Menyebut nama Allah seperti Bismilah ketika menyembelih Melakukan sembelihan di siang hari Membaringkan binatang diatas rusuk kirinya dengan lembut |
PERKARA-PERKARA MAKRUH KETIKA SEMBELIHAN
1. Tidak membaca Bismillah
2. Menghalakan binatang selain dari arah Kiblat
3. Meletakkan kaki di atas pipi binatang
4. Mengasah pisau dihadapan binatang yang telah dibaringkan dan dihadapan binatang-binatang lain
5. Melakukan penyeksaan tanpa sebab seperti memutuskan kepala, mematahkan leher, memotong ke saraf
tunjang menyembelih dari belakang tengkok, menyeret binatang secara songsang ke tempat penyembelihan.
6. Melapah atau memotong kulit sebelum binatang sembelihan itu sejuk.
HIKMAH SEMBELIHAN
a. Boleh mematikan binatang dengan cara yang cepat dan selamat
b. Dapat mengeluarkan darah dan membersihkan daging darinya bagi menghindarkan penyakit
c. Memastikan daging bersih dan bermutu
d. Sebagai tanda penghormatan kepada makhluk-makhluk lain ciptaan Allah
e. Membezakan antara daging halal dan haram
f. Binatang yang disembelih tidak terseksa berbanding dengan cara lain.
BINATANG YANG DIHARAMKAN
1. Babi
2. Anjing dan kucing
3. Semua binatang buas (as-Siba’) yang bertaring.
4. Semua jenis burung berkuku tajam dan menyambar.
5. Keldai peliharaan
6. Semua jenis binatang yang menjijikkan.
7. Semua binatang yang diarahkan untuk dibunuh atau dilarang dari dibunuh
8. Binatang beracun samada yang ikan atau selainnya, diburu atau dijumpai mati
9. Haiwan 2 alam
10. Binatang yang tidak disebutkan statusnya
No comments:
Post a Comment