RUMUSAN SOLAT JAMAK DAN QASAR
Solat jamak merupakan satu kelonggaran khususnya bagi orang yang bermusafir. Dari Anas bin Malik r.a. katanya; “Biasanya nabi Muhammad s.a.w. (dalam masa musafir) apabila baginda berangkat sebelum gelincir matahari, baginda menangguhkan sembahyang zohor hingga waktu asar, kemudian baginda turun (dari kenderaan) lalu baginda menjamakkan keduanya (zohor dan asar) (dengan jamak ta’khir); kalaupun baginda berangkat sebelum gelincir matahari, baginda sembahyang zohor kemudian baginda berangkat (meneruskan perjalanan).” (Bukhari dan Muslim)
Jamak bermaksud ‘himpun’ iaitu kita menghimpunkan solat zohor dengan asar atau maghrib dengan isya’.
Hukum Solat Jamak
Hukumnya adalah harus bagi orang yang bermusafir.
Pembahagian Solat Jamak
i. Solat jamak taqdim.
ii. Solat jamak ta’khir.
Solat Jamak Taqdim
Iaitu menghimpunkan solat zohor dan asar dan dilakukan solat di dalam waktu zohor atau menghimpunkan solat maghrib dan isya’ dan dilakukan solat di dalam waktu maghrib.
Syarat Jamak Taqdim
1) Hendaklah menunaikan solat yang empunya waktunya ertinya mendirikan dahulu solat zohor atau maghrib yang dikira solat pertama kemudian diikuti solat yang dijamakkan iaitu asar atau isya’ yang dikira solat kedua.
2) Hendaklah diniatkan jamak pada solat yang pertama atau yang empunya waktu itu dalam mana-mana juzud sembahyang sebelum salam tetapi yang afdal disyaratkan niat semasa takbiratulihram.
3) Hendaklah berturut-turut (mu'alat) antara dua solat itu dengan tidak diselangi dengan penceraian yang dikira panjang uruf.
4) Hendaklah berkekalan musafirnya daripada permulaan solat yang pertama hingga sempurna takbiratul-ihram solat kedua, kerana batal solat jamaknya apabila ia jadi mukim di antara dua solat itu.
Contoh Niat Jamak Taqdim
1. Niat solat zohor: “ sahaja aku solat (sembahyang) fardhu zohor empat rakaat dihimpukan (dijamakkan) kepadanya asar tunai kerana Allah Taala”
Niat solat asar: “sahaja aku solat fardhu asar empat rakaat dijamakkan zohor dengan jamak taqdim tunai kerana Allah Taala”
2. Niat solat maghrib: “sahaja aku solat fardhu maghrib tiga rakaat dijamakkan kepadanya isya’ tunai kerana Allah Taala”
Niat solat isya’: Niat solat isya’: “sahaja aku solat fardhu isya’ empat rakaat dijamakkan maghrib dengan jamak taqdim tunai kerana Allah Taala”
Solat Jamak Ta’khir
Jamak Takkhir dilakukan solat Zohor dan solat Asar pada waktu Asar, atau solat Maghrib dan solat Isya’ dilakukan dalam waktu Isya’. Dinamakan solat ini dengan Jamak Takkhir kerana solat pertama yang telah tamat waktunya itu dibawa ke solat yang kedua.
Syarat Jamak Ta’khir
- Hendaklah berniat Jamak Takkhir sebelum habis waktu solat yang pertama (umpamanya berniat Jamak Takkhir untuk solat Zohor bersama solat Asar, sebelum tamat waktu Zohor). Jika ia tidak berbuat demikian hukumnya haram mentakkhirkan solat yang pertama itu daripada waktunya dan solat itu jadi qada’ pada waktu yang kedua.
- Hendaklah berkekalan musafirnya itu sehingga diselesaikan solat yang kedua, dan sekiranya ia telah jadi mukim sebelum selesai solat yang kedua nescaya yang pertama itu jadi solat qada’.
Contoh Niat Jamak Ta’khir
1) Niat solat asar: “sahaja aku solat asar empat rakaat dengan jamak ta’khir tunai kerana Allah Taala”.
Niat solat zohor: “sahaja aku solat zohor empat rakaat dengan jamak ta’khir kerana Allah Taala”.
2) Niat solat isya’: “sahaja aku solat isya’ empat rakaat dengan jamak ta’khir tunai kerana Allah Taala”.
Niat solat maghrib: “sahaja aku solat maghrib tiga rakaat dengan jamak ta’khir tunai kerana Allah Taala”.
Manakala qasar bermaksud ‘pendekkan’ iaitu memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat iaitu solat zohor, asar dan isya’. Firman Allah S.W.T., mafhumnya:
“dan apabila kamu bermusafir di muka bumi, maka tidaklah berdosa ‘mengqasarkan’ (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir ituadalah musuh yang mat nyata bagi kamu” (al-Nisa’ 101)
Solat yang Boleh Diqasarkan
I. Zohor
II. Asar
III. Isya’
Hukum Solat Qasar
Hukumnya adalah harus berdasar kepada dalil. Firman Allah S.W.T., mafhumnya:
“dan apabila kamu bermusafir di muka bumi, maka tidaklah berdosa ‘mengqasarkan’ (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir. (al-Nisa’ 101)
Syarat Solat Qasar dan jamak
1. Hendaklah perjalanan itu diharuskan oleh syarak iaitu bukan tujuan maksiat.
2. Jarak perjalanan mestilah tidak kurang dua marhalah atau dua hari berjalan kaki atau 89 km/56 batu.
3. Berniat qasar dalam takbiratul ihram iaitu niat memendekkan solat tersebut.
4. Tidak berimam dengan imam yang solat tamam (sempurna empat rakaat).
5. Solat yang diqasar itu mestilah solat yang empat rakaat. Maghrib dan subuh tidak boleh diqasarkan.
- Hendaklah tempat yang dituju itu tertentu. Jika sekiranya tempat yang dituju itu tidak tentu, maka tidak boleh qasar.
- Berkekalan perjalanannya sehingga sempurna solat.
- Ia tahu bahawa orang yang musafir itu harus mengerjakan solat qasar.
Waktu atau Tempoh yang Mengharuskan Jamak Qasar
Menurut pendapat imam Syafi’i, mengatakan bahwa jika seseorang berniat hendak mukim lebih dari empat hari, harus mencukupkan shalat, dan kalau kurang, boleh mengqashar. Tempoh masa ini berbeza daripada satu mazahab dengan mazahab yang lain.
Hanya dalam salah satu pendapat imam Syafi’i, bahwa kalau keadaannya seperti kalau bermukimnya seseorang itu karena ada sesuatu keperluan yang harus diselesaikan, dan selama menunggu itu ia mengatakan: “Saya akan pulang hari ini atau esok”, maka maka dibolehkannya mengqasar itu terbatas tujuhbelas atau delapanbelas hari, dan jika lebih dari itu, maka harus mencukupkan.
Contoh Niat Solat Qasar
i. Solat zohor: “sahaja aku solat fardhu zohor dua rakaat qasar kerana Allah Taala”.
ii. Solat Asar: “sahaja aku solat fardhu asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala”.
iii. Solat Isya’: “sahaja aku solat fardhu zohor dua rakaat qasar kerana Allah Taala”.
Solat Jamak Serta Qasar
Iaitu menghimpunkan (menjamakkan) dua solat serta dipendekkan (diqasarkan) solat yang empat rakaat. Sebagai contoh: jamakkan zohor dengan asar serta dilakukan zohor dan asar secara dua rakaat, dua rakaat.
Contoh Niat Solat Jamak serta Qasar
Niatnya:
1. Sembahyang pada jamak qasar zohor + Asar ( Dihimpunkan pada waktu Zohordipanggil Jamak Taqdim):
- Qasar Zohor + Asar - Niat untuk sembahyang Zohor:
Sahaja aku sembahyang fardu Zohor dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Asar secara jamak taqdim tunai kerana Allah Taala.
- Qasar Zohor + Asar - Niat untuk sembahyang Asar:
Sahaja aku sembahyang fardu Asar dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Zohor secara jamak taqdim tunai kerana Allah Taala.
2. Sembahyang pada jamak qasar Maghrib + Isyak ( Dihimpunkan pada waktu Maghrib dipanggil Jamak Taqdim):
* Untuk sembahyang maghrib, niatnya seperti niat jamak di bawah.. Kerana Maghrib tidak boleh di qasarkan. Sebab ianya 3 rakaat sahaja..
Sahaja aku sembahyang fardu Maghrib tiga rakaat dijamakkan kepada Isyak sebagai jamak taqdim tunai kerana Allah Taala.
- Qasar Maghrib + Isyak - Niat untuk sembahyang Isyak:
Sahaja aku sembahyang fardu Isyak dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Maghrib secara jamak taqdim tunai kerana Allah Taala.
3. Sembahyang pada jamak qasar Zohor + Asar ( Dihimpunkan pada waktu Asar dipanggil Jamak ta'khir ):
- Qasar Zohor + Asar - Niat untuk sembahyang Zohor:
Sahaja aku sembahyang fardu Zohor dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Asar secara jamak ta'khir tunai kerana Allah Taala.
- Qasar Zohor + Asar - Niat untuk sembahyang Asar:
Sahaja aku sembahyang fardu Asar dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Zohor secara jamak ta'khir tunai kerana Allah Taala.
4. Sembahyang pada jamak qasar Maghrib + Isyak ( Dihimpunkan pada waktu Isyak dipanggil Jamak ta'khir ):
* Untuk sembahyang maghrib, niatnya seperti niat jamak di bawah.. Kerana Maghrib tidak boleh di qasarkan. Sebab ianya 3 rakaat sahaja..
Sahaja aku sembahyang fardu Maghrib tiga rakaat dijamakkan kepada Isyak sebagai jamak ta'khir tunai kerana Allah Taala.
- Qasar Maghrib + Isyak - Niat untuk sembahyang Isyak:
Sahaja aku sembahyang fardu Isyak dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Maghrib secara jamak ta'khir tunai kerana Allah Taala
.
PRAKTIK
Jamak Taqdim - Zohor+Asar
Dalam perjalanan.............
1. Berwuduk
2. Berdiri mengadap kiblat.
3. Memulakan sembahyang zohor dulu dengan takbiratul ihram serta niat:
"Sahaja aku sembahyang fardu Zohor dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Asar secara jamak taqdim tunai kerana Allah Taala."
4. Sembahyang zohor 2 rakaat....
5. Salam dan selesai.
6. Berdiri, Iqomah (sunat sahaja),
7. Mula mengerjakan sembahyang Asar dengan takbiratul ihram serta niat:
"Sahaja aku sembahyang fardu Asar dua rakaat qasar dan dijamakkan kepada Zohor secara jamak taqdim tunai kerana Allah Taala."
8. Sembahyang Asar 2 rakaat...
9. Beri salam.... Selesai